Pemain sayap Brazil, Douglas Luiz dan teman wanitanya, Alisha Lehmann mencuri tumpuan pada jendela perpindahan musim panas tempoh hari apabila kedua-duanya memilih untuk berhijrah ke Juventus.

Perpindahan ‘sehati sejiwa’ itu bagaimanapun sedikit menimbulkan rasa tidak puas hati buat Lehmann kerana beranggapan dirinya tidak dilayan dengan adil.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut sumber laporan Goal, Lehmann mengadu bahawa Douglas Luiz telah memperoleh ‘100,000 kali ganda’ berbanding dirinya walaupun mereka melakukan pekerjaan yang sama iaitu sebagai pemain bola sepak.

Meskipun jumlah gaji diterimanya tidak diketahui tetapi Lehmann menyertai Juventus dengan yuran perpindahan dengan tanda harga €50,000 dan teman lelakinya pula bernilai hampir €50 juta.

Melihatkan kepada perbezaan ibarat langit dan bumi tersebut. Lehmann, 25 tahun melihat ia merupakan satu perkara yang tidak adil.

“Saya bukanlah pemain bintang, saya manusia biasa yang pulang ke rumah dan akan memasak. Saya melakukan perkara yang sama seperti orang lain.”

“Selepas latihan, saya sering memberitahu Douglas bahawa ia satu perkara yang tidak adil. Kami melakukan perkara yang sama, tetapi dia memperoleh pendapatan seratus ribu kali ganda daripada saya,” ujar Alisha Lehmann meluahkan kekecewaannya.

Hak kesamarataan dari segi gaji dengan pemain bola sepak lelaki bukanlah perkara asing diperjuangkan oleh pemain bola sepak wanita.

Pada Mei 2020, Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat pernah menolak tuntutan yang dibuat oleh skuad wanita negara tersebut.

Hakim, Gary Klausner berpendapat bahawa kontrak para pemain lelaki adalah berbeza dengan pemain wanita kerana banyak bonus diterima pemain lelaki adalah daripada penaja dan hak penyiaran.

Malah, keuntungan yang diperolehi oleh liga kompetitif bagi pasukan lelaki dan wanita adalah berbeza.

Sumber