Sudah menjadi kebiasan orang Malaysia, apabila ada pihak yang membantu, pasti kita akan memberikan upah. Tidak kisah daripada segi duit atau lain-lain.
Seorang abang towing mencuri perhatian warganet apabila mengucapkan ayat – “Tak apa, lain kali kita minum air”.
Baca Juga:
- Tindakan Lori ‘Towing’ Pandu Di Hadapan Ambulans Undang Pelbagai Persoalan Buat Netizen
- ‘Pakai BMW, Boleh Lepas?’ – Pihak Berkuasa Dipersoal Tak Sita Kereta Influencer Ditunda Secara Berbahaya
- Bengang Kereta 8 Bulan Tak Bayar Nak Kena Tarik, Wanita Ini Ambil Batu Bata Dan Pecahkannya
Ucapan itu dirakam selepas dia membantu seorang pemilik motosikal besar memasukkan motosikal ke dalam lori.
Watch on TikTok
Abang towing berkata sedemikian apabila pemilik motosikal mahu memberikan upah sebagai tanda berterima kasih kerana membantunya.
Namun upah itu ditolak secara baik oleh abang towing dan dia menyatakan ikhlas memberikan bantuan.

Menurut warganet, apabila seseorang lelaki berkata — Tak apa, lain kali kita minum air — maksudnya berkemungkinan untuk berjumpa lagi selepas ini agak tipis, lebih-lebih apabila dengan orang yang baru dijumpai.
Dalam pada itu orang ramai mendoakan kebaikkan kepada abang towing berkenaan.
Ada juga memberi cadangan sekiranya seseorang menolak untuk menerima duit upah, boleh katakan kepadanya duit tersebut sebagai rezeki isteri dan anak. Jadi si penerima akan berasa sedikit berat hati untuk menolak.