Hanya kerana rindu menunggang motosikal berkuasa tinggi di sambil memanaskan enjin, seorang lelaki dari Sabah memutuskan untuk menggunakan jentera Harley Davidson bagi membuat penghantaran Foodpanda di musim PKP ketika ini.

Perkara itu dikongsikan pengguna Twitter, @dannylleam beberapa hari lalu yang berkongsi video ayah kepada kawannya yang membuat perkhidmatan penghantaran makanan dengan jentera berkuasa tinggi itu.

Menurut anak perempuan lelaki tersebut, Ayu Syarafana yang ditemu bual Mstar, bapanya menjadi penghantar makanan sejak bermulanya PKP kerana kedai sate dan bengkel motosikalnya tidak dapat beroperasi ketika ini.

Gelagat bapanya itu menurut Ayu memang mencuri tumpuan pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya kerana terkejut dan perkara itu juga sangat jarang berlaku.

“Bila dia hantar makanan guna Harley Davidson, ada pelanggan yang rakam video dan ambil gambar dengan papa.

“Mereka terkejut kerana ini merupakan kali pertama mereka tengok rider Foodpanda menggunakan Harley Davidson,” jelasnya.

Dia bagaimanapun menjelaskan bapanya tidak selalunya menggunakan Harley Davidson untuk khidmat penghantaran sebelum ini.

“Pada kebiasaannya, papa guna skuter kerja sebagai rider Foodpanda. Kadang-kadang saja dia guna Harley Davidson.

“Bila papa nak panaskan enjin sebab motor tak bergerak, dia guna motor besar untuk hantar makanan. Dia pun cakap rindu nak tunggang motor besar,” jelasnya.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Musim PKP ini bukan sahaja orang biasa yang membuat perkhidmatan food delivery untuk menambah pendapatan tetapi angaksawan negara juga terpaksa turun ke jalanan. Baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Dari Angkasa Ke Jalanan, Dr Sheikh Muszaphar Kini Jadi ‘Delivery Boy’ Di Musim PKP

Jualan Restoran Di Kuching Ini Kembali Meningkat Selepas Hantar Makanan Menggunakan Ferrari F430

Sumber