Jika anda sering melayari platform TikTok, pasti pernah melihat komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ yang digunakan secara berleluasa pada pelbagai video.

Walaupun pada mulanya dianggap sebagai jenaka, lama-kelamaan orang semakin meluat apabila digunakan tidak kena pada situasi atau konteks sesuatu video. Ramai juga yang tertanya-tanya ada apa sebenarnya dengan ayat tersebut sehingga menjadi trend di sejumlah media sosial.

Baca Juga:

Oleh itu, pempengaruh yang dipercayai merupakan pencipta trend ‘Nisa Ai’ telah perjelaskan isu disebalik trend viralnya di TikTok.

Dalam video itu, dia memperkenalkan dirinya sebagai Nisa yang juga merupakan seorang talent yang bekerja di bawah Youtuber terkenal, Alieff Irfan.

Menurutnya, dia tak sangka video menari yang dibuat sekadar untuk berseronok saja menjadi viral di TikTok.

“Video itu trending disebabkan saya yang post. Dan saya pun tak sangka video itu boleh setrending itu.”

Tambahnya lagi, komen ‘tak boleh lawan Nisa AI‘ bermula apabila ada orang yang cuba tiru trend yang sama untuk tujuan marketing. Dari situlah, ramai netizen mula komen sedemikian bila ada pengguna media sosial yang lain cuba meniru aksi Nisa itu.

Akan tetapi, dia turut mengatakan bahawa trend itu menjadi semakin melampau apabila komen itu dihantar dalam video-video yang sensitif.

“Kenapa dekat video-video yang sensitif seperti video orang meninggal, ceramah ustaz dan video pasal Palestin, korang macam tak ada common sense langsung,” dengan nada tegas menempelak sesetengah individu yang dilihat tidak sensitif dengan tinggal komen di video-video yang tidak berkaitan.

Bukan itu saja, komen itu turut dilemparkan oleh semua lapisan masyarakat yang kebanyakannya datang daripada golongan remaja.

Pada masa yang sama, dia menerima teguran netizen dengan hati yang terbuka. Namun begitu, Nisa turut menegur orang ramai supaya tidak ambil kesempatan atas isu ini sebagai tujuan bagi menaikkan nama mereka.

“Awak tegur saya ambil pegang produk, makanan, make-up dan sebagainya dengan mengatakan trend ini tidak bagus.”

@nesslow_

Harap korang semua faham 🙏🏻❤️

♬ Crolatte – Sped Up – Yunan Helmi

Pada akhir video, Nisa mengharapkan netizen supaya menghentikan komen sedemikian kerana dikhuatiri dapat memburukkan nama dia dan juga team Alieff Irfan.

Lirik lagu trend nisa mempunyai unsur lucah

Sementara itu, pengguna TikTok @penceritaaqsa pula mendedahkan bahawa lagu yang digunakan pada trend nisa ini sebenarnya mempunyai unsur lucah.

Menurut satu tangkap layar komen yang dikongsikan, ia membahaskan  bahawa seseorang yang miskin sepertinya tidak mempunyai hak untuk berkerja lebih-lebih lagi untuk jawatan tertentu kerana tidak memiliki ijazah. Tetapi mereka (perempuan) mempunyai faraj yang baik untuk dilacurkan.

“Adakah orang miskin mempunyai hak ?(2X) Awak ada kerja untuk saya? Saya tidak mempunyai ijazah tetapi faraj saya baik”, ujar seorang netizen yang menterjemahkan korus lagu Thailand tersebut.

@penceritaaqsa

maksud lirik lagu dalam #trendnisa lucah? kalau betul, saya nasihatkan untuk kita jauhi.

♬ original sound – دانيا منيرة – dania

Jika benar ini maksud sebenar liriknya, maka anda dinasihatkan untuk menjauhi lagu ini kerana mempunyai unsur lirik lucah. Hal ini kerana dilarang dalam Islam untuk mendengar lagu yang mengajak membuat maksiat kepada Allah S.W.T.