Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) minta Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dikaji semula dengan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemilik kenderaan mewah yang memandu tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans sah.
Menurut PPKJR, denda minimum RM300 yang dikenakan ketika ini tidak memberi kesan kepada kesedaran golongan terbabit dan gagal mengekang kesalahan itu daripada terus berlaku.
Baca Juga:
- Warga Emas Switzerland Puji Penguat Kuasa JPJ Datang Rumah, Mudahkan Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

- JPJ Cadang Wajibkan Semua Kenderaan Pengangkutan Awam Pasang ‘Dashcam’

- Lebih 2 Juta Saman Tertunggak, Tawaran ‘Flat Rate’ RM150 JPJ Dilanjutkan Hingga 31 Disember

Memetik Berita Harian, Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran PPKJR, Jamil Manan Supri menyatakan hukuman lebih tegas akan menimbulkan rasa takut kepada pemilik kenderaan yang sering melanggar undang-undang.
Kesan kesalahan pemilik kenderaan mewah juga penting
“Walaupun agensi penguatkuasaan berhadapan kekangan kerana terpaksa memberi tumpuan kepada masalah lebih ketara seperti isu perlanggaran membabitkan kenderaan perdagangan, pemakaian tali pinggang keledar oleh pemandu, penumpang bas ekspres dan pelbagai lagi, isu ini juga perlu diberi keutamaan kerana membabitkan keselamatan pengguna jalan raya lain.
“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu mengambil langkah proaktif mengesan dan memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan mewah yang melanggar peraturan.
“Tindakan tegas perlu diambil agar pemandu tidak mengambil mudah soal cukai jalan dan insurans, terutama bagi kenderaan mewah berkuasa tinggi,” katanya.