Tular satu klip rakaman dashcam menunjukkan sebuah Toyota Vellfire dari Malaysia dan Subaru Forester dari Singapura berebut untuk masuk lorong.

Menerusi rakaman video dikongsikan TikTok @singaporeroadaccident, kedua-dua tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Subaru tersebut berada di lorong kanan, manakala Vellfire tersebut berada di lorong kiri.

Baca Juga:

MPV tersebut cuba menukar lorong, bagaimanapun SUV dari Singapura itu tidak memberikannya, dipercayai kerana tidak memberikan isyarat signal.

@singaporeroadaccident

How to drive from Malaysia to Singapore #singapore #malaysia #boleh

♬ original sound – Singapore Road Accident – Singapore Road Accident

Maka pemandu Malaysia itu melakukan tindakan agresif dengan menghimpit Subaru berkenaan. Bagaimanapun pemandu Singapura tetap berkeras enggan memberikan laluan.

Kemudian pemandu MPV terbabit membuka tingkap lalu menyimbah kereta SUV dengan air mineral.

Bagaimanapun kereta Singapura itu meneruskan perjalanan tanpa memperdulikan kereta Malaysia yang tersangkut di lorong kiri.

Menjengah ruangan komen, ramai mengecam tindakan pemandu Vellfire yang melakukan pelbagai kesalahan dalam satu masa.

Bermula dengan cuba masuk lorong tanpa memberikan signal. Kemudian menghimpit kereta orang lain dan menyimbah air kepada kereta Singapura berkenaan.

Dalam masa yang sama, ada warganet turut mengkritik pemandu Singapura yang tidak mahu mengalah, serta ‘bertimbang rasa’ untuk memberikan laluan kepada Vellfire tersebut.