Tular satu klip video TikTok menunjukkan sebuah Nissan Fairlady merempuh sebuah kereta berwarna hitam di ruangan parkir.
Menerusi satu video dimuat naik TikTok @thoushallsing berdurasi hampir 30 saat itu, perakam video merakam satu situasi dipercayai berlaku pertengkaran di antara dua belah pihak.
Baca Juga:
- Tawarkan Honda Integra Dan Nissan Fairlady, Kenderaan Lelong JPJ Pahang Curi Tumpuan Netizen
- ‘Terpaksa Jual Kuda Hitam Saya’ – Ustaz Tido Mahu Jual Nissan Fairlady Pada Harga RM77,000
- Pekerja Kedai Didakwa ‘Test Drive’ Honda Milik Pelanggan Sampai Kemalangan
Nissan Fairlady itu memecut melanggar bahagian kiri kereta berwarna hitam. Kemudian pemandunya mengundur kereta ke belakang.
@thoushallsing
Di situ juga ada seorang wanita menjerit-jerit, dipercayai meminta kedua-dua pihak berhenti ‘bertengkar’.
Ketika artikel ini ditulis, video TikTok itu telah mendapat lebih 1 juta kali tontonan dan lebih seribu komen daripada netizen.
Ramai yang tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku. Namun dipercayai kejadian itu disebabkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain.
Setakat ini tiada sebarang laporan atau berita lanjut, mahupun mana-mana pihak tampil menjelaskan mengenai kejadian yang berlaku itu.
Sementara itu dalam dua video yang lain, TikTok @thoushallsing berkongsi keadaan kedua-dua buah kereta tersebut.
Nissan Fairlady mengalami kerosakkan teruk pada bahagian hadapan. Manakala bahagian tepi kiri kereta warna hitam pula rosak sehingga tayar hampir tercabut.
@thoushallsing Replying to @𝓚𝓮𝓒𝓱𝓲𝓴 𝓒𝓾𝓼𝓽𝓸𝓶𝓼 day 3 since the incident …. Kesian 350Z ni jadi mangsa#viralvideo #accident #reckless #kl #fight