Terpaksa lepaskan sesuatu barangan yang kita sayang bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi barangan tersebut mempunyai nilai sentimental yang sangat bermakna buat diri sendiri.

Baru-baru ini Ustaz Khailil Razak atau lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Tido’ telah memuat naik satu hantaran Facebook mengenai Nissan Fairlady miliknya mahu dijual pada harga RM77,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ustaz Tido juga menyatakan beliau sedia tukar suka sama suka sportcar tahun 2004 itu dengan model Volkswagen Golf R atau Scirocco R.

Menurut Ustaz Tido lagi, harga yang ditawarkan itu asalnya RM100,000. Bagaimanapun, beliau beri diskaun sebanyak RM27,000 kepada pemilik baharu yang benar-benar mahu membelinya.

Tambah beliau lagi, harga tersebut tidak termasuk nombor plat yang digunakan pada kereta Nissan Fairlady itu. Ustaz Tido juga menyatakan sesiapa yang dapat membantunya jual kereta tersebut akan diberikan komisen.

Hantaran Facebook itu telah meraih perhatian netizen lain yang turut sama berkongsi hantaran tersebut dengan tag rakan-rakan mereka yang berminat. Dalam pada itu, orang ramai turut mendoakan agar urusan Ustaz Tido dipermudahkan urusan jual beli kereta itu nanti.

Sumber Gambar: Facebook Ustaz Tido
Sumber Gambar: Facebook Ustaz Tido

Pada masa sama ada turut mencadangkan Ustaz Tido cuba menjual keretanya menggunakan portal jual beli kereta online untuk mendapatkan pelanggan.

Terdahulu, ada seorang pemilik Myvi berjaya menjual keretanya yang sudah berusia 7 tahun pada harga agak berbaloi RM28,600. Anda boleh baca artikel tersebut di pautan ini.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.