Pada hari Khamis lalu berlaku kemalangan melibatkan sebuah McLaren 720S dengan lori tangki di KM34.6 dari arah Gombak ke Genting Sempah.

Insiden itu telah menyebabkan lorong kiri dan kecemasan terhalang buat seketika.

Baca Juga:

Menerusi satu video dashcam salah seorang pengguna lebuh raya tersebut pada ketika itu, TikTok @muhammadsyafiq95_ menunjukkan kemalangan itu terjadi apabila supercar itu tidak lepas untuk memotong.

@muhammadsyafiq95_

Replying to @glecohkaki__96

♬ original sound – muhammadsyafiq95_ – muhammadsyafiq95_

McLaren tersebut memotong beberapa buah kenderaan di lorong kanan sebelum menukar laluan untuk memotong di lorong kiri.

Bagaimanapun kereta tersebut tidak berjaya memotong apabila ‘tersangkut’ di antara lori tangki di lorong kiri dengan sebuah lori putih yang berada di lorong tengah.

Bahagian kiri hadapan McLaren merempuh bahagian kanan belakang lori tangki terbabit.

Lori tangki segera masuk ke lorong kecemasan sejurus kemalangan berlaku.

Daripada video yang tular, bahagian kiri kereta tersebut mengalami kerosakan serius sehingga tercabut tayar kiri hadapan.