Selalu kita lihat rakaman dashcam kereta ‘terperangkap’ selepas ada motosikal menyelit menggunakan lorong plaza tol.
Bagaimanapun baru-baru ini seorang pengguna lebuh raya merakam detik-detik yang tidak disangkakan apabila kali ini motosikal pula tidak lepas menyelit.
Baca Juga:
- Tidak Guna Laluan Disediakan, Netizen Kecam Geng Motosikal Seakan ‘Superbike’ Menyelit Di Lorong Tol
Lebih memalukan apabila apabila penunggang dan pembonceng gagal mengawal motosikal lalu kedua-dua terjatuh melanggar palang tol.
Kemudian kedua-duanya tersembam ‘mencium’ jalan sambil diperhatikan pemandu kereta di belakang mereka.
@_bud1805 Dia nak cuba nasib..tapi gagal..
♬ bunyi asal – Seven Eleven Seven Seven – Seven Eleven Seven Seven
Rakaman video pendek yang dimuat naik TikTok @_bud1805 meraih perhatian warganet. Ramai yang berasa puas hati apabila melihat situasi tersebut.
Ini kerana sudah ramai pemandu yang berhadapan situasi di mana mereka ‘terperangkap’ selepas ada motosikal menyelit semasa menggunakan lorong tol.
Menurut warganet reaksi itu timbul bukan kerana tidak berasa kasihan, sebaliknya kerana sudah lama geram apabila sentiasa menjadi ‘mangsa keadaan’ — motosikal sudah lepas tol, si pemandu pula tolong bayar ‘free‘ tol dan tersangkut.

Dalam pada itu ada segelintir netizen back up motosikal yang menggunakan lorong tol.
Mereka menyatakan penunggang motosikal berbuat sedemikian kerana laluan motosikal agak berbahaya untuk digunakan seperti lorong motosikal rosak atau ada yang berbuat khianat dengan meletakkan tali halus yang boleh mendatangkan kecederaan.
Sekaligus lorong tol menjadi ‘laluan selamat’ buat penunggang motosikal apabila berada di atas lebuh raya.