Antara mata pelajaran yang wajib lulus oleh para pelajar di dalam Sijil Pelajaran Malaysia adalah Bahasa Melayu dan Sejarah. Namun, difahamkan statistik calon SPM yang gagal untuk kedua-dua pelajaran tersebut dilihat sangat membimbangkan.

Menurut laporan FMT, masalah membaca dan menulis dipercayai menjadi sebab ratusan ribu Sijil Pelajaran Malaysia gagal mendapatkan sijil kerana tidak lulus subjek Bahasa Melayu atau Sejarah selepas 11 tahun pembelajaran di bangku sekolah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: My TV ONLINE

Pakar pendidikan, Annuar Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata dua kelemahan itu seharusnya diatasi di peringkat sekolah rendah supaya pembelajaran lanjut tidak terganggu.

“Kementerian Pendidikan harus segera pastikan semua pelajar sebelum tamat sekolah rendah mahir membaca dan menulis kerana nanti susah mereka nak cemerlang atau lulus SPM.

“Nanti masuk sekolah menengah mereka tiada motivasi sebab sekolah menengah lagi mencabar, buku teks pun tebal-tebal,” katanya kepada media FMT.

Untuk menilai tahap penguasaan membaca dan menulis, Annuar mencadangkan kerajaan untuk memperkenalkan ujian khas sebelum pelajar melangkah ke alam sekolah menengah atau meneliti semula pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dua tahun lalu.

NGO Untuk Malaysia dalam Dokumen Keciciran Pendidikan Malaysia yang diterbitkan pada Januari melaporkan kira-kira 140,474 calon gagal mendapatkan sijil SPM kerana tidak lulus subjek Bahasa Melayu atau Sejarah, dalam tempoh antara 2019 hingga 2021.

Difahamkan data tiga tahun itu diambil daripada analisis keputusan SPM yang disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), badan menyelia peperiksaan utama.

Namun begitu, Dr Abdul Razak Zakaria daripada Universiti Malaya pula berpendapat bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan semula dasar tidak melayakkan calon mendapat sijil SPM dek hanya kerana gagal bagi subjek Bahasa Malayia atau Sejarah.

Beliau berkata tidak wajar menjejaskan masa depan pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam subjek-subjek lain. Bagaimanapun, kerajaan boleh bertindak menahan sijil pelajar sekiranya mereka gagal kesemua subjek atau pun tidak hadir langsung sewaktu peperiksaan.

Sumber