Datuk Red kini dimurahkan rezeki apabila menjadi rebutan pelbagai jenama terkemuka untuk kolaborasi. Malah, dia dilihat giat melakukan jualan di platform TikTok sebagai sumber pendapatan.

Suami kepada Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mengakui pendapatan dijana menerusi TikTok agak lumayan, namun dia tidak mahu dianggap meminta sumbangan daripada orang ramai.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Memetik Utusan, Datuk Red berkata dia mahu bangkit dari kegagalan dengan cara bermaruah serta mahu menjadi contoh yang baik. Katanya lagi, dia mahu berusaha dengan berniaga.

“Niat saya pada waktu itu hanya untuk mencari kerja, bukan untuk menagih sumbangan. Saya buat ‘live’ pun sekadar untuk ceritakan apa yang berlaku kepada kehidupan.

“Pada malam itu bertalu-talu ‘gift’ yang diterima, memang saya sangat terkejut sehingga satu tahap saya terpaksa tamatkan ‘live’. Memang saya akui hasilnya lumayan dan kerjanya cukup mudah, hanya live dan raih pendapatan.

“Namun saya tidak mahu begitu, biarlah saya berusaha dengan berniaga. Jika orang simpati dengan saya, belilah barang, sekurang-kurangnya kedua-dua pihak dapat manfaat. Dan follower saya boleh menjadi affiliate dan pendapatan semua akan berkembang.

“Anak-anak saya pun tengok TikTok dan saya tak mahu mereka lihat bapanya macam minta sedekah,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red turut meluahkan rasa syukur apabila menerima bimbingan secara rasmi daripada Mentor Usahawan terkenal, Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Difahamkan, Datuk Red turut dilantik menjadi duta dan rakan kongsi produk HIM Coffee.