Hari ini, keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JPK) berhubung kes tuntutan cerai oleh penyanyi Adira Suhaimi terhadap suami, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red akan diketahui.
Sekitar jam 9 pagi tadi, Adira hadir bersama peguam syarie Nor Saidah Zakaria telah tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat untuk mendengar keputusan terbabit.
Baca Juga:
- ‘Anak Dapat, Harta Dapat’ – Wanita Misteri Ini Dikecam Teruk Ekoran Kongsi Tip Cerai
- Lebih 7 Tahun Bercerai, Kehadiran Ally Iskandar Pada Majlis Resepsi Farah Lee Raih Pujian Netizen
- Lelaki Dikecam Buat Konten Pergi Mahkamah Untuk Lafaz Cerai
Adira berharap hal tersebut akan diselesaikan dengan baik dan dirinya nekad mahukan penceraian. Sementara itu, Datuk Red hadir selang beberapa minit kemudian berkata dia berharap rumah tangganya bersama Adira masih dapat dipertahankan.
“Saya kahwin lapan tahun lepas bukan untuk bercerai. Orang lain boleh cakap apa mereka boleh cakap kerana mereka tidak lalui.
“Semua fikir pengorbanan yang saya buat bukan untuk saya, tetapi untuk anak-anak. Saya berkorban semua ini untuk mereka (anak-anak).
“Pujuk memujuk memang ada, tetapi perempuan kalau marah memang begitu. Saya dah habis berusaha memujuk. Mungkin ini bukan dugaan tetapi balasan atas apa yang pernah saya lakukan dahulu.
“Jika ditakdirkan begitu (cerai), saya terima sahaja. Tetapi selagi saya bernafas, saya akan berjuang yang terbaik untuk keluarga.” ujar Datuk Red.
Terdahulu, pada 25 Oktober 2023, Adira telah memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.