Memang tidak dinafikan, setiap individu yang memandu di atas jalan raya mempunyai pelbagai ragam. Kadang-kala kerana terlalu amarah boleh memakan diri pula di kemudian hari.

Tular di media sosial hari ini berhubung satu klip video rakaman dashcam belakang yang memperlihatkan dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlakunya kemalangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kehadiran kereta Honda berwarna merah yang sedang memecut di laluan paling kanan. Namun, kereta Waja dari laluan tengah secara tiba-tiba masuk ke sebelah kanan dan lambat memberi signal.

Pemandu Honda kelihatan tidak berpuas hati lantas mengekori dengan rapat sekali sehingga timbulnya perbalahan di antara mereka.

Walaupun berjaya dipotong, kereta Wira tidak semena-mena telah menghimpit dan sengaja melanggar bahagian depan kereta Honda itu.

Ekoran tidak mahu mengalah, berlaku aksi pelanggaran antara satu sama lain di tengah-tengah lebuh raya tersebut.

Malang tidak berbau apabila kereta waja dilihat hilang kawalan sehingga terbabas ke bahagian tepi jalan lalu terbalik.

Sementara pemilik dashcam pula berhenti di tepi jalan lalu meluru ke arah pemandu dengan keadaan marah dan terus pergi ke arah kereta waja yang terbalik jauh beratus-ratus meter di belakang.

Setakat ini, kami masih belum menerima maklumat terperinci berhubung insiden tersebut yang berlaku pada hari semalam.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap kedua-dua pemandu yang tidak mahu beralah sehingga berlakunya kemalangan. Ramai yang mahukan perkara ini dibawa ke dalam siasatan polis bagi menegakkan keadilan.