Ramai pemandu pernah berhadapan situasi di mana penunggang motosikal guna laluan plaza tol sehingga menyebabkan kereta tersangkut.

Baru-baru ini ada seorang pemandu lori sanggup berhenti dan mengundur kenderaan kerana tidak mahu memberi beberapa motosikal menggunakan tol secara percuma.

Baca Juga:

Menerusi hantaran TikTok @kimiemimie789 ada beberapa motosikal menunggu palang itu dibuka.

Namun pemandu lori bertindak sebaliknya.

@kimiemimie789

Sila gunakan laluan motosikal 😆 jangan harap aku nk touch pondok tol tu

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Oleh kerana tiada jalan lain, motosikal tersebut memotong di antara ruangan pondok tol.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan warganet, ramai memuji tindakan bijak pemandu lori tersebut.

Orang ramai turut mempertikaikan kenapa penunggang motosikal bayar sahaja tol jika tidak mahu menggunakan laluan motosikal yang sudah disediakan.

Sebahagian penunggang motosikal berkongsi beberapa sebab mengapa mereka terpaksa berbuat sedemikian.

“Orang tak nak lalu jalan motosikal sebab jalan teruk. Malam pula tiada lampu dan banyak kes samun.

“Jalan motosikal ini biasa macam tak pernah baik lekuk lubangnya, sikit hari pasti bengkok rim. Tak semua, cuma sesetengah sahaja, tapi seakan semua jalan motosikal macam itu”

“Bukan tak nak lalu jalan motosikal yang disediakan. Tapi faham-fahamlah, kadang-kadang ada tali tangsi berikat, ada orang tabur paku. Ada jalan kecil tapi selekoh tajam yang membahayakan, kes samun pun ada,” luah beberapa penunggang motosikal.