Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail Izzani dilihat memeluk seorang wanita seksi di sebuah kelab malam sambil mencium pipi dan leher dalam keadaan ghairah.

Dalam satu laporan, Ismail menjawab kontroversi tersebut dengan mengakui bahawa dirinya memang ke kelab malam dan mengatakan bahawa dia manusia biasa tidak mampu lari daripada melakukan kesilapan.

Baca Juga:

“Tentang pergi kelab malam atau berparti, kadang-kadang kita semua masih pergi. Saya masih pergi.

“Tapi, saya tahu batasnya. Ada benda kita pergi ke sana ada sebab. Kadang-kadang, kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok.

“Saya tak mahu hipokrit dan mengakui dalam hidup, kita banyak buat silap,” katanya

Tambahnya, sebagai selebriti terkenal, sudah tentu lokasi dan keberadaannya pasti akan menjadi perhatian dan buah mulut orang ramai.