Polis menahan seorang lelaki berusia 49 tahun kerana memukul seorang warga Hong Kong kerana membawa masuk dua ekor anjing dalam sebuah restoran di Seremban pada Isnin lalu.
Memetik Free Malaysia Today, China Press melaporkan mangsa berusia 61 tahun dan isterinya seorang warga tempatan berusia 51 tahun dipukul menggunakan kerusi plastik oleh suspek.
Baca Juga:
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa terjatuh selepas dipukul dan diseret suspek sebelum beberapa pelanggan campur tangan untuk menghalang lelaki itu.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian badan akibat serangan itu.
Suspek dilaporkan ditahan polis kelmarin dan direman sehingga hari ini.
China Press melaporkan, suspek memberitahu polis dia tidak suka melihat pasangan itu membawa anjing mereka ke dalam restoran tersebut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyerang dengan senjata. Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan.