Laporan Daily Mails menyebut bahawa kira kira 100 orang penyokong bola sepak maut bertempur sesama sendiri di Guinea.
Kejadian berlaku di bandar kedua terbesar di Guinea iaitu di N’Zerekore.
Hospital di bandar tersebut berada dalam keadaan kucar kacir menerima terlalu banyak pesakit dan juga mengendalikan mayat mangsa.
Laporan media tempatan Guine menyatakan, satu pertandingan bola sepak dianjurkan oleh tentera junta negara tersebut, Mahmadi Doumbouya yang menggulingkan kerajaan dan melantik dirinya menjadi presiden pada 2021.
Namun perlawanan itu dicemari dengan keganasan penyokong. Perlawanan itu memang agak panas kerana ada pihak turut memainkan sentimen politik.
Namun punca kepada keganasan itu adalah dilaporkan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil di atas padang.
Sekumpulan penyokong memulakan pencerobohan masuk ke dalam padang sebab tak puas hati dengan pengadil.
Pergaduhan berlarutan sehingga ke luar stadium. Ada mangsa yang terperangkap di dalam gerombolan penyokong yang mengganas.
Berlaku pergaduhan penyokong di luar stadium. Dan dipercayai 100 orang telah maut.
Over 100 people were killed in a violent clash between fans at a football match in N'Zerekore, Guinea’s second-largest city, on Sunday.
The incident began with a disputed referee decision, leading to fans invading the pitch and escalating into further violence.
Witnesses… pic.twitter.com/9jsG27QjVi
— The Assam Tribune (@assamtribuneoff) December 2, 2024
Doktor hospital daerah tersebut berkata: “Ada banyak mayat yang disusun dan boleh dilihat oleh orang awam yang berada di hospital.
“Ada mayat yang terbaring atas lantai hospital. Bilik mayat sudah penuh. Kira kira 100 orang terkorban.”
Kejadian itu benar benar mengejutkan ramai peminat bola sepak di seluruh dunia. Bola sepak adalah sukan, dan nyawa adalah jauh lebih penting daripada bola sepak.