11 September lalu merupakan tarikh penting buat Nigel Ng, atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger di mana beliau telah membuka restoran pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur.
Tidak sampai satu bulan beroperasi, Uncle Roger sedia membuka cawangan kedua di sebuah pusat beli-belah luar ibu kota, Mutiara Damansara, Selangor.
Baca Juga:
- Penangan IShowSpeed: Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup Pintu, ‘Fans’ Tak Terkawal
- Apa Status Halal Restoran Baru Dibuka? Ini Jawapan Uncle Roger
- Uncle Roger Lega, One Piece Gugurkan ‘Strike’ Ke Atas Video Ulasan Kari Jepun
“Haiyaa, tengok siapa datang ke IPC nanti,” petik pengumuman rasmi IPC Shopping Centre di Facebook mereka.
Menerusi komen-komen yang dikongsikan warganet, ramai yang bersyukur Uncle Roger bakal buka kedai baharu di luar kawasan sesak ibu kota.
Pada masa sama, netizen turut berharap harganya nanti lebih murah berbanding di cawangan pertama.
Terdahulu, selepas hampir seminggu Uncle Roger buka cawangan pertama, restorannya terpaksa ditutup selepas peminat selebriti internet, IShowSpeed menyerbu untuk melihat pemuda itu dengan lebih dekat.