Hasrat pemilik hartanah untuk menjana pendapatan sampingan dengan buat sewaan menjadi mimpi ngeri jika dapat penyewa jenis yang tidak bertanggungjawab.
Itulah igauan ngeri yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita apabila rumah sewanya bukan sahaja tidak dijaga, malah menjadi ‘sarang’ kerosakan yang menyakitkan mata memandang.
Menerusi luahan yang dikongsikan di laman media sosial, setelah pelbagai rayuan dan amaran diabaikan, wanita ini akhirnya sedar bahawa diplomasi tidak lagi memadai untuk berhadapan dengan ‘penyewa dari neraka’ ini.
Bukan sekadar itu, difahamkan dia juga telah meminta bantuan pihak berkuasa dan sedang dalam proses mendapatkan waran dari mahkamah yang mana akan mengambil jangka masa yang panjang.
Pelbagai isu yang berbangkit dengan penyewa bermasalah terbabit yang bukan sahaja enggan membayar sewa bulanan malahan melakukan onar seperti mencuri elektrik dan air walaupun sudah dipotong oleh tuan rumah.
Difahamkan sudah mencecah setahun lamanya cuba menghalau penyewa bermasalah itu, namun cuma menjumpai jalan buntu sahaja.
Dimarah dan ditengking sudah menjadi perkara biasa yang dialami oleh tuan rumah apabila cuba berkomunikasi dengan penyewa terbabit.
“Masa dia datang minta nak sewa nampak baik, nampak ok,” menyingkap kembali pada awal perjumpaan.
Dia mendakwa rumahnya dibeli dengan harga ratusan ribu itu kini sudah berada di tahap yang kritikal.
Mungkin sudah terlalu penat dengan isu yang berlarutan, dia mengambil langkah drastik yang tidak disangka-sangka—mengupah sekumpulan ‘abang sado’ sebagai jalan terakhir untuk menuntut semula haknya.
“Tolong bagitau sekali agak-agak berapa saya kene bayar upah,” ujarnya sebagai jalan terakhir.
Menelusuri ke ruangan komentar, dia sendiri sudah tidak kisah untuk menuntut segala tunggakan bil elektrik berjumlah RM1,800 serta bil air RM1,000, kerosakan dan jumlah baki sewa yang tidak dibayar asalkan penyewa bermasalah itu beredar dari situ.
Sementara netizen meluahkan simpati agar perkara ini boleh diselesaikan mengikut undang-undang dengan kadar segera.
Ada di antara warganet juga sudi bantu untuk menghalau penyewa tersebut bagi menuntut semula hak rumah milik wanita tersebut.