Pemain bintang Jepun, Takefusa Kubo menjadi mangsa serangan berbaur perkauman yang dilakukan oleh penyokong Valencia dalam satu perlawanan La Liga baru-baru ini.
Kubo yang beraksi bersama Real Sociedad berkunjung ke Valencia dalam perlawanan liga minggu ke-20 yang mana beliau memulakan aksi dari bangku simpanan.
Baca Juga:
- Kadar Kelahiran Rendah, Jepun Mungkin Negara Pertama Pupus
- Selangor Lantik Pembantu Jurulatih Baharu Dari Jepun
- China vs Jepun: Poster Sun Wukong vs Son Goku Buat Netizen Teruja
Pada separuh masa kedua, ketika memanaskan badan sebelum dimasukkan, segelintir penyokong tuan rumah melaungkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain berusia 23 tahun itu selain dua lagi pemain iaitu Ander Barrenetxea dan Mikel Oyarzabal.
😡😡 Los intolerables insultos a Kubo y Barrenetxea durante el calentamiento de los realistas en Mestalla
🗣️ "¡Chino, abre los ojos!"
🗣️"¡Etarra! ¡Ahí te pongan una bomba y te explote la cabeza!" pic.twitter.com/v5yh2lKbNl— MARCA (@marca) January 20, 2025
Dalam video yang tular di laman media sosial, segelintir penyokong memanggil Takefusa Kubo dengan panggilan ‘Hei China, kamu patut membuka mata kamu’.
Penyokong terbabit turut berteriak terhadap Barrenetxea dan Oyarzabal dimana mereka berkata ‘kami akan menamam bom supaya kepala kamu meletup’.
Valencia yang dimiliki oleh jutawan Singapura iaitu Peter Lim kemudiannya mengeluarkan kenyataan dimana mereka mengkritik tindakan tersebut dan akan menghalau penyokong yang berbuat demikian dari stadium.
Ini bukan kali pertama penyokong Valencia melakukan serangan berbaur perkauman terhadap pemain lawan dimana sebelum ini pemain sayap Real Madrid, Vinicius Jr turut menjadi mangsa.
Pada 2023, ketika Real Madrid tewas dengan keputusan 1-0, Vinicius berhadapan dengan penyokong di belakang salah satu gol yang telah menjerit “monyet” kepadanya dan membuat isyarat meniru haiwan itu.
Pengadil Ricardo de Burgos Bengoetxea mengaktifkan protokol anti-perkauman liga, dengan amaran dikeluarkan ke atas pembesar suara stadium bahawa jika serangan berterusan, perlawanan akan digantung. Permainan disambung semula pada minit ke-78.
Kemudian, pada masa tambahan, Vinicius dilayangkan kad merah selepas bergaduh dengan penjaga gol Valencia, Giorgi Mamardashvili dan penyerang Hugo Duro. Vinicius tidak berdepan penggantungan selepas semakan insiden mendapati pengadil tidak ditunjukkan rakaman VAR mengenai Duro yang pertama kali mencengkam leher pemain antarabangsa Brazil itu.
Valencia didenda dengan lima perlawanan beraksi tanpa penyokong, yang kemudiannya dikurangkan kepada tiga perlawanan atas rayuan. Mereka didenda $29,273. Tiga peminat telah ditangkap dan didakwa dengan kes jenayah yang masih berjalan dan Vinicius memberikan keterangan pada Oktober 2023.