Jepun mungkin akan menjadi negara pertama yang pupus dari muka bumi sekiranya kadar kelahiran di negara itu tidak menunjukkan peningkatan.

Perkara ini disuarakan oleh salah seorang profesor di negara itu iaitu Hiroshi Yoshida dimana menurut beliau, dalam tempoh 695 tahun, Jepun akan ditinggalkan hanya dengan seorang anak jika kadar kelahiran rendah berterusan.

Baca Juga:

Kadar kelahiran di negara itu terus mengalami penurunan yang pesat. Data terkini yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan menunjukkan kadar jatuh kepada 1.20 pada 2023, terendah pernah direkodkan.

Di Tokyo, kadar itu — yang merujuk kepada purata bilangan kanak-kanak yang mungkin dilahirkan oleh wanita sepanjang hayat mereka — mencecah 0.99, menjadikannya bandar pertama di negara ini yang mempunyai kadar di bawah 1.

Sebahagian daripada faktor penurunan itu kerana semakin sedikit orang yang berkahwin. Menurut laporan banci 2020, kira-kira 28% lelaki pada usia 50 tahun tidak pernah berkahwin, manakala peratusannya adalah sekitar 17.8% untuk wanita.

Untuk memerangi penurunan kadar kelahiran Jepun, penggubal dasar sedang mengkaji pelbagai langkah untuk menggalakkan golongan muda berkahwin.

Aplikasi temu janji dilihat sebagai langkah yang mungkin meyakinkan individu yang bergelut untuk bertemu bakal pasangan, dengan tinjauan tahun lepas menunjukkan bahawa 1 daripada 4 pasangan di bawah umur 40 tahun yang berkahwin dalam setahun lalu telah bertemu pasangan mereka melalui aplikasi sedemikian.

Tahun lepas, Kerajaan Metropolitan Tokyo juga melancarkan aplikasi temu janjinya sendiri dengan harapan menawarkan warga Tokyo platform untuk membawa mereka selangkah lebih dekat ke arah perkahwinan.