Kolej Tunku Kurshiah (TKC) berjaya mengharumkan nama negara di Jepun dalam satu kejohanan bidang robotik iaitu Pertandingan Sumo Robot Seluruh Jepun (All Japan Robot Sumo Tournament) 2024.
Menerusi perkongsian Ikedo Kogeki Malaysia Robot Sumo Team di Facebook, dua pelajar iaitu Team Ensis Kogeki TKC berdepan dengan wakil dari kolej terkemuka di Jepun iaitu Ooita Technical Kagetsu bagi kategori robot seberat tiga kilogram (kg).
Baca Juga:
- Ini Jumlah Belanja Harian Ideal Bagi Rakyat Lembah Klang Menurut Kajian Belanjawanku
- Ini Jumlah Simpanan KWSP Yang Perlu Ada Apabila Cecah Usia 35 Tahun
- Presiden FIFA Sokong Projek Skuad Harimau Malaya
Segala usaha keras TKC membuahkan hasil apabila pasukan ini berjaya mencipta sejarah apabila menumpaskan lawan mereka dengan keputusan 2-1 yang membolehkan mereka mara ke pusingan seterusnya.
Menerusi video yang dimuat naik, kepantasan robot sumo milik wakil TKC telah mengejutkan orang ramai apabila mampu mengalahkan robot lawan hanya dalam sekelip mata.
Di pusingan seterusnya, pasukan TKC bertemu dengan Team Cecil Maxon. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas kepada wakil Perancis itu.
Rata-rata netizen nyata berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh pelajar Kolej Tunku Kurshiah memandangkan industri robotik kurang diberi pendedahan dan perhatian dalam negara ini.
Ramai yang mahu agar tenaga pengajar untuk lebih peka dan terbuka mengenai industri ini dan memberi pendedahan yang lebih banyak khususnya kepada pelajar di sekolah.
Pencapaian ini menjadi pembuktian bahawa industri robotik wajar untuk diketengahkan kepada generasi masa kini kerana mampu untuk mengharumkan nama negara selain mencipta kerjaya untuk diterokai rakyat Malaysia.