Setiap orang mempunyai perasaan takut atau fobia terhadap sesuatu perkara. Ada kalanya perkara itu nampak kecil sahaja di mata orang lain, namun bagi individu yang mempunyai sesuatu ‘fobia’ terbabit, ia boleh mengehadkan aktiviti harian dan boleh menyebabkan kebimbangan serta kemurungan yang teruk.

Tular satu rakaman video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @nor_alrayyan di mana seorang kanak-kanak lelaki menjerit meronta-ronta apabila ternampak selonggok gelang getah yang ada bersebelahan bungkusan nasi kerabunya.

Baca Juga:

Perkongsian video itu telah membuat ramai netizen tertanya-tanya mengapakah kanak-kanak lelaki itu memberikan reaksi seperti itu sejurus ternampak selonggok gelang getah tersebut.

@nor_alrayyan

Budak takut getah#homestaybertam #homestaykepalabatas #homestaypenang #betamwaterpark #homestaymurah

♬ original sound – Alrayyan – Alrayyan

Perasaan takut apabila melihat gelang getah ini lebih dikenali sebagai Astihophobia, satu fobia di mana seseorang mempunyai ketakutan dan rasa kurang selesa terhadap semua benda diperbuat daripada getah dan lateks.

Punca ketakutan ini boleh disebabkan oleh trauma masa lalu, seperti belon meletup atau gelang getah yang terputus mengenai tubuh badan, atau pernah menyebabkan kecederaan kepada individu terbabit. Ia juga boleh berpunca daripada bau atau rasa getah atau lateks.

Daripada komen-komen yang dikongsikan pada video itu, ada juga netizen lebih dewasa menyatakan mereka turut masih mengalami fobia yang sama seperti kanak-kanak lelaki tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @nor_alrayyan
Sumber Gambar: TikTok @nor_alrayyan
Sumber Gambar: TikTok @nor_alrayyan

Pada satu video yang lain pula, kanak-kanak lelaki itu menyatakan punca dia mengalami Astihophobia kerana berasa geli apabila melihat gelang getah itu.

Dalam pada itu, ada seorang wanita tampil membuat penjelasan ringkas bagaimana beliau melalui kehidupan sehariannya sebagai seorang Astihophobia.

Menurut wanita itu, beliau sentiasa membawa sarung tangan plastik, gunting untuk memudahkannya membuka bungkusan yang mempunyai gelang getah.

Jika tiada ‘alatan tersebut’, wanita itu menyatakan beliau lebih rela makan ‘nasi kering’ daripada membuka bungkusan lauk berkuah yang terikat dengan gelang getah.

Sementara itu netizen turut mencadangkan kepada ibu bapa yang mengetahui jika ada anak-anak kecil mempunyai Astihophobia untuk bawa mereka berjumpa pakar bagi mendapatkan rawatan serta kaunseling mengatasi fobia tersebut.