Tali penghadang dipasang di sekitar kubur Allahyarham Nurly Shahira bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Menurut perkongsian pengguna Facebook iaitu Ahmad Nazrul, terdapat segelintir individu yang menziarah telah melakukan perkara yang dianggap keterlaluan.
Baca Juga:
- Insiden UPSI: Pemandu Dakwa Brek Bermasalah, PUSPAKOM Dapati Bas Tiada Isu Mekanikal
- Nahas UPSI: Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Memandu Secara Berbahaya
- Guru Ini Anggap Pemergian 15 Pelajar UPSI Dalam Keadaan Hina
Lakukan Perkara Keterlaluan Di Kubur Nurly Shahira
Nazrul menulis ada yang mengambil tanah kubur untuk dibawa pulang malah ada yang menyapukannya ke muka anak.
“Kawasan kubur arwah Nurly akan mula dipasang tali bermula petang ini (Sabtu), tiada sesiapa dibenarkan melintasi tali penghadang tersebut.
“Datang ziarah kubur itu cukuplah dengan berdoa, bukan ambil tanah kubur bawa balik sekali,” tulisnya.

Amalan menziarahi kubur adalah sesuatu yang sunat dilakukan, namun hanya sekiranya ibadah itu dilakukan dengan niat mengingatkan kematian dan menyemai perasaan insaf dalam diri.
Bagaimanapun, kelakuan seperti mengambil tanah kubur orang alim adalah ditegah kerana ia bersifat khurafat dan hanya mengundang fitnah dalam kalangan masyarakat.