Netizen menyuarakan rasa kurang senang selepas seorang pengguna TikTok telah menceroboh kawasan kubur dan mengambil gambar dengan gaya yang tidak sopan seolah-olah tidak menghormati si mati dan keluarganya.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh pengguna X (sebelum ini dikenali Twitter) Wentour memohon agar pihak polis untuk masuk campur selepas pengguna TikTok dengan nama Always Razeeq didapati melanggar kesalahan menyentuh sensitiviti 3R (race, religian, royalty).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan pada 26 September lalu, sebuah kandungan TikTok milik Razeeq tular di media sosial. Kandungan tersebut mengandungi gambar yang diambil di kawasan perkuburan dengan gaya yang tidak sopan.

Kejadian ini difahamkan berlaku di Malaysia, tetapi tidak pasti dimanakah kawasan perkuburan tersebut.

Lebih parah lagi, Razeeq seolah-olah tidak mengendahkan permintaan pengguna TikTok yang lain untuk menurunkan kandungan tersebut, malah dia mempertahankan tindakannya.

“Banyak orang cuba tegur and when i call him out, he get me banned on tiktok. Thinking he would get away with it. But i will not be silent as my religion is being disrespected. Christianity is not an aesthetic,” kata Wentour.

Razeeq juga seolah-olah bangga dengan gambar gaya metal yang dimuat naik olehnya dan apabila salah seorang pengguna TikTok menegur bahawa “orang lain minat metal juga, tapu takde la sampai macam ini,” Razeeq membalas seolah-olah dia mempunyai ilmu metal yang lebih tinggi berbanding pengguna yang meninggalkan komen tersebut.

Pengguna media sosial melihat apa yang dilakukan oleh Razeeq adalah tidak menghormati agama dan tatasusila agama. Dia juga dilihat tidak menghormati si mati dan keluarga. Selain itu, dia seolah-olah berbangga kerana menjadi ‘terpaling’ metal dengan bergambar di kawasan kubur.