Talita dibayar RM5,000 untuk setiap sesi siaran langsung berdurasi sejam di TikTok.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang usahawan yang baru sahaja menjalin kerjasama dengan anak kepada pelawak Shuib itu.
Nama Talita menjadi sensasi kerana bakat nyanyiannya terutama sekali selepas persembahan busking di Bukit Bintang beberapa bulan lalu.
Talita dibayar RM5,000 sahaja sejam
Usahawan bernama Yana itu memuat naik resit bayaran yang dia lakukan kepada isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah.
Ternyata Talita dibayar RM5,000 sejam untuk membuat aksi live di TikTok selama sejam.
Netizen tumpang gembira dengan Talita. Menurut mereka, pada usianya yang masih kecil, Talita sudah membawa masuk rezeki untuk keluarganya.
Ada juga yangg menganggap kadar bayaran tersebut dikira munasabah untuk menggunakan populariti Talita bagi ‘brand exposure’.
“Ayah dan ibunya [Watie] sudah popular dan ramai pengikut di media sosial. Talita pun makin popular, jadi padanlah bayaran itu untuk dia,” tulis seorang netizen.
Seterusnya ramai juga yang berharap agar karier Talita terus berkembang dan menjadi anak yang baik.
Shuib sokong Talita
Shuib sebelum ini sudah memberitahu bahawa dia tidak menghalang anaknya itu jika mahu menjadi penyanyi seperti mana arwah ibunya, Siti Sarah.
Dan Shuib sedia membantu Talita memperbaiki lagi mutu nyanyiannya dengan menghantar anaknya ke kelas vokal. Itu antara perancangan Shuib untuk anaknya itu.
Ketika ini, Talita masih lagi diuruskan oleh Shuib sendiri bersama sama dengan isterinya Watie.
Selain iitu, Talita juga pernah mendedahkan bahawa salah satu sebab dia mahu menyanyi adalah demi ayahnya.
Dia mahu memukau orang ramai dengan bakatnya, bagi membolehkan orang ramai kembali sukakan Shuib.
Hal ini kerana Talita kerap membaca kisah Shuib dihentam netizen di media sosial.
Talita Nekad Mahu Penyanyi Supaya Semua Orang Suka Shuib Kembali