Anak kepada Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra atau Talita menitiskan air matanya ketika membuat persembahan busking di Bukit Bintang.
Persembahan itu menarik perhatian ramai. Di mana ramai juga yang datang menyaksikan sendiri persembahan Talita itu di depan mata.
Di media sosial, nama Talita menjadi sohor kini. Bakat nyanyiannya berjaya memukau ramai pihak. Ramai juga yang menganggap Talita mewarisi bakat arwah ibunya, Siti Sarah.
Talita juga kelihatan sebab ketikan mengalunkan lagu nyanyian arwah ibunya berjudul ‘Kesetiaan’.
Talita yang berusia 11 tahun menyatakan dia nekad mahu menjadi penyanyi agar orang kembali sukakan ayahnya seperti dahulu.
Shuib antara selebriti yang banyak dilanda kontroversi dan kecaman sejak akhir akhir ini.
Menerusi siaran TikToknya, Talita berkata: “Sebab orang tak suka dengan daddy. Jadi, saya nak buat orang suka dengan daddy balik. ” – Lapor Harian Metro.
“Daddy selalu minta untuk doakan daddy,” tegas Talita lagi.
Shuib kelihatan terharu dan berpelukan dengan anak perempuannya itu. Dan mengucapkan terima kasih ke atas anaknya yang ternyata prihatin dengannya.
Shuib menyatakan dia sudah ada perancangan tersendiri untuk membantu Talita.
Shuib sudah merujuk dan meminta nasihat daripada orang seperti Ajai dan Aidit Alfian. Antara perkara yang dicadangkan oleh mereka yang pakar, mereka berharap Talita masuk ke kelas vokal.
Shuib menyatakan bahawa dia ketika ini sedang cuba memikirkan perkara itu sedalamnya pada masa ini.