Pemain gitar utama kumpulan rock, Spider, Napie atau nama sebenarnya Hanafi Hamdan kini berada dalam keadaan lemah selepas pembedahan – menurut Tam Spider.
Tam Spider memberitahu bahawa dia agak ralat ketika melakukan persembahan bersama Spider, kerana ketiadaan Napie.
Napie masih lagi bergelut dengan masalah kesihatannya. Dan dia baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian otak.
Dipetik daripada Harian Metro Tam Spider berkata: “Napie baru selesai pembedahan membabitkan bahagian otak dan keadaannya sangat lemah. Dia ada berikan respon, tetapi sangat sedikit. Saya risau juga sekiranya pembedahan memberikan kesan kepadanya.”
Tam berharap yang terbaik untuk rakan baiknya itu. Tam menegaskan bahawa ahli Spider lain sebelum ini mengesan kesihatan Napie mulai merosot apabila dia menunjukkan simpton seperti tangannya mulai hilang cengkaman, dan daya ingatannya juga mulai merosot. Itu telah mengganggu Napie dalam persembahannya.
Oleh sebab itu, mereka meminta Napie agar berehat terlebih dahulu kerana tidak mahu rakan mereka itu rebah ketika membuat persembahan.
Selain daripada menjadi gitaris dan komposer untuk Spider, Napie juga merupakan seorang jurutera bunyi di Luncai Emas, menurut Tam Spider lagi.
#rap "Napie baru selesai pembedahan membabitkan bahagian otak dan keadaannya sangat lemah." kata Tam.https://t.co/mo6gy1xMpE
— Harian Metro (@hmetromy) August 9, 2024
Dia menambah: “Napie bekerja sebagai jurutera bunyi di Luncai Emas, jadi dia memang ada pendapatan tetap. Tapi, tak tahu pula bagaimana dengan keadaan sekarang, tapi mungkin adalah bantuan.”
Spider kembali aktif membuat persembahan setelah sekian lama berehat.