Terbaharu, Times Out telah senaraikan 40 kawasan kejiranan yang cool di dunia. Mesti anda tertanya-tanya sama ada Malaysia tersenarai atau tidak, bukan?

Apa kata kita lihat 5 bandar yang cool di Asia Tenggara daripada senarai Times Out. Ayuh kita mulakan!

1. Chula-Samyan, Bangkok

20180914100250_0_Perspective
Sumber: Goldenland

Dari rumah kedai yang terbengkalai, kini telah diubahsuai menjadi galeri, tempat makan dan juga sebuah taman besar dibuka untuk kegunaan umum. Ini adalah inisiatif agensi harta tanah Universiti Chulalongkorn yang menjadikan kawasan tersebut menjadi destinasi tumpuan.

image
Time Out

Tidak hanya itu, pusat beli-belah Samyan Mitrtown juga menjadi destinasi pelancongan yang hadir dengan kedai buku 24 jam, panggung wayang indie, dan taman di atas bumbung umum. Oleh itu, pelancong gemar untuk berkunjung ke sini.

2. Bugis, Singapura

Sebut sahaja Singapura, pastinya anda sudah terbayang bandarnya yang metropolis dan terdapat banyak bangunan tinggi. Masih juga dapat dilihat di beberapa kawasan yang menunjukkan peninggalan sejarah.

Walaupun dikekelilingi dengan bangunan tinggi pesat membangun, tetapi semangat kejiranan di Bugis di mana perniagaan kecil bekerjasama untuk saling memperkuat, dan galeri serta seni jalanan bebas dapat dilihat di seluruh lorong menghidupkan kawasan tersebut.

3. Binh Thanh, Ho Chi Minh City, Vietnam

https://www.instagram.com/p/CGbwCo4FNx3/

Binh Thanh, Ho Chi Minh merupakan pusat tumpuan pelancong yang terkenal untuk mereka yang inginkan pengembaraan dan kelainan. Bukan sahaja memiliki keunikan, penduduk tempatan yang ramah menjadikan ia salah satu sebab pelancong gemar berkunjung ke sini.

https://www.instagram.com/p/CAPHY9Pnwsm/

Selain itu, para pelancong juga boleh mencuba nikmati pelbagai jenis makanan dari tempat makan mewah hingga makanan tepi jalan di sini. Kiranya memang sesuai juga untuk anda yang suka ‘food hunting’.

4. Taman Paramount, Kuala Lumpur, Malaysia

Mengimbau nostalgia, Taman Paramount Kuala Lumpur ini hadir dengan peniaga kecil dalam kalangan penduduk tempatan. Dikelilingi dengan bangunan moden dan tinggi, Taman Paramount tetap gah dengan keunikannya.

Bagi warga kota, Taman Paramount adalah destinasi dimana mereka mahu mencari udara segar dan nyaman di kawasan kejiranan kecil yang peramah. Malah, pelbagai jenis makanan dari masakan Melayu, India, Cina dan sebagainya boleh didapati di sini.

5. Banjar Nagi, Ubud, Indonesia

https://www.instagram.com/p/CCuSKz_Ax6z/

Banjar Nagi terletak beberapa minit dari pusat bandar Ubud. Anda akan dapat melihat keindahan sawah pada waktu senja tetapi buat anda yang sukakan pantai, kawasan ini sedikit jauh daripada pantai. Ketika ini, penularan wabah COVID-19 telah tular di seluruh dunia dan menyebabkan ramai kehilangan pendapatan utama dan juga diberhentikan kerja.

Apa yang menariknya di kawasan kejiranan Banjar Nagi ini adalah mereka membantu penduduknya yang kehilangan pekerjaan dengan mengambil bekerja dan memberikan bantuan kewangan.

Bangga atau tidak negara kita Malaysia turut tersenarai dalam kawasan kejiranan yang cool? Adakah anda setuju?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Dari Kedai Kecil Ke Bursa Malaysia, Ini Kisah Permulaan MR DIY Yang Ramai Tidak Tahu

Cetus Keraguan, PPIM Persoalkan Bagaimana Suspek Utama Macau Scam Mampu Melarikan Diri

Tawar Gaji Sehingga RM1,800 Jaga Gerai Nasi Lemak, Iklan Jawatan Kosong Ini Curi Perhatian Netizen

Sumber