Sebut mengenai pasti ramai yang membayangkan keindahan pulau dan lautnya. Terbaharu, Langkawi menawarkan sebuah lagi destinasi yang boleh anda tuju bersama keluarga iaitu Splash Out Langkawi.

Terletak kira-kira 3km dari Jeti Langkawi, taman tema air Splash Out Langkawi sememangnya lokasi menarik untuk anda berhibur bersama keluarga dengan penawaran 12 permaianan menarik khas buat para dewasa dan juga kanak-kanak.

79324328_2490063177879442_7363686223145074688_o
Sumber: Splash out

IMG_2768

Tidak hanya menawarkan permainan, fasiliti yang ditawarkan di tempat ini berserta lifeguard yang ramai pastinya memberi kelegaan buat anda sekeluarga untuk berhibur sambil memastikan keselamatan terjaga. Penawaran tempat makan yang pelbagai semuanya di bawah satu bumbung di Splash Out Langkawi.

Dari segi harga, tiket kemasukan Splash Out Langkawi ketika ini ditawarkan pada harga RM75 bagi dewasa, RM55 bagi kanak-kanak dan RM40 buat warga emas. Selain itu, anda juga berpeluang menginap di Bella Vista Waterfront yang terletak bersebelahan Splash Out Langkawi dengan mendapatkan pakej dua hari dan satu malam bernilai RM649 beserta pakej kemasukan ke Splash Out Langkawi buat dua dewasa dan dua kanak-kanak.

Sekiranya anda mahukan cabaran dan ingin merasakan andrenalin di tahap yang tinggi, permainan di Splash Out Langkawi antara yang boleh dicuba.

Kami kongsikan juga kepada anda taman tema air yang dibuka di dua lagi tempat lain iaitu di Dengkil dan Semenyih. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Taman Tema Air Tropika Pertama Di Dunia Bakal Dibuka Di Dengkil

Pertama Di Dunia, Taman Tema Air ‘Mudah Alih’ Angry Birds Dibuka Di Semenyih