Perayaan Tahun Baru Cina akan berlangsung tidak lama lagi dan boleh dikatakan setiap kali perayaan ini, seiap pusat membeli-belah, rumah dan sebagainya akan dimeriahkan dengan tarian singa.

Terbaharu, sebuah video dikongsikan oleh @ahpeng2830 menunjukkan aksi tarian singa dipercayai dianjurkan di sebuah acara telah meraih perhatian orang disebabkan gadis bertudung yang ‘mengawal’ kepala singa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@ahpeng2830

this 1 malaysia

♬ original sound – Ah Peng – Ah Peng

Menerusi video terbabit, dapat dilihat gadis itu berjaya mengawal langkah tarian dengan baik walaupun bukan berbangsa Cina menunjukkan dirinya telah berlatih bersungguh-sungguh. Malah, dapat dilihat orang ramai memberikan tepukan gemuruh kepada mereka terutama selepas gadis itu melepaskan kostum yang dipakai.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen telah memberikan pujian kepada gadis bertudung terbabit yang terlihat terlatih serta tidak kekok untuk menarikan tarian singa.

Bukan itu sahaja, para netizen bersetuju bahawa tindakan gadis itu menonjolkan lagi keharmonian dan boleh memupuk semangat perpaduan dalam diri setiap individu yang berlainan kaum di Malaysia. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan.