Seorang pempengaruh terkenal tampil menjelaskan kenapa dia bertatu. Menurutnya, dia mengalami depression atau kemurungan.

Dia menulis kapsyen: “Hidup ini memang penuh dengan kejutan. Semua orang diuji dengan ujian masing-masing.

“Tetapi tidak semua orang mampu hadap ujian tu. Dan ujian kita tak sama. Tahniah kalau hidup korang bahagia, namun bukan saya.:

Pempengaruh tersebut menjelaskan bahawa dia tidak mahu orang ramai terus berspekulasi, dan lebih baik dia mengakui sendiri bahawa dia sudah bertatu.

Dia menambah:  “Ya ini video betul, bukannya AI. Ya ianya penuh dengan kejutan. Sebab hidup ini memang penuh dengan kejutan kan?

“Walaupun kita tidak mahu perkara itu berlaku sekalipun ia tetap akan berlaku.

“Hari ni, saya nak jelaskannya, kerana apabila berada di luar, orang ramai akan kenal saya dan tanya saya. Dan saya malas untuk menjawab berkali kali.

“Daripada anda mendengar daripada mulut orang, membuat spekulias, jadi biarlah saya sendiri yang beritahu bahawa, ya semuanya benar, ya benda [tatu] pada tangan saya ini adalah betul.”

Tampil Imej Bertatu, Pempengaruh Terkenal Tampil Berikan Penjelasan

Seterusnya pempengaruh tersebut menjelaskan tentang kesukaran yang dia sedang hadapi bertarung dengan kemurungan.

Dan dia sedar tindakannya bertatu boleh menjejaskan hidup dan kariernya.

Dia menambah: “Siapa yang kenal saya, tahu kepayahan yang sedang saya lalui, apa yang sedang saya hadapi setiap malam. ‘My late night talk’ yang bising dalam kepala saya.

“Saya tahu perkara ini akan menjejaskan kehidupan saya. Akan menjejaskan karier saya atau mungkin menghancurkannya – namun sebenarnya ianya memang sudah hancur sepenuhnya, cuma sebelum ini saya tak pernah zahirkannya.

“Jadi, sekarang aku zahirkannya.

“Anda semua pun ada dosa juga, cuma dosa anda semua tidak dizahirkan pada badan, dan orang lain tidak nampak.

“Bezanya, dosa saya terzahir pula dekat badan dan orang nampak.

“Saya dah penat, nasib baik saya masih hidup, itu sahaja yang saya fikir.

“Jika saya mati sekalipun orang akan masih mengata tentang saya.

“Jadi, lebih baik saya hidup macam ini, dan anda semua masih mengata tentang saya juga.

“Ya saya tetap salah, dan saya memang jahat, tidak pernah berbuat kebaikan.”

Dia menganggap kehidupan ini tidak adil. Kerana apabila dia berbuat kebaikan sekalipun, tetap akan dianggap jahat.

Menjelaskan tentang tatu di badannya: “Ini cuma tentang kisah hiduo saya, tiada simbol gangsterisme atau yang lain.”