Sejak kebelakangan ini isu gangguan seksual dan jenayah rogol di negara kita semakin hangat diperkatakan dalam kalangan netizen di pelbagai platform media-media sosial.
Malah, ianya bukan sahaja dibicarakan netizen namun turut dibicarakan oleh personaliti hiburan Caprice dan Fynn Jamal dalam satu sesi Instagram live mereka pada hujung minggu lalu.
Bagaiamanapun, apa yang paling mencuri tumpuan daripada sesi perkongsian tersebut sudah pastinya pengakuan oleh salah seorang penonton yang meninggalkan komen dalam sesi live itu.
Pemuda tersebut Fahmi Abdullah yang menyuarakan pendapat peribadinya mengenai mangsa rogol menceeritakan bagaimana ibunya pernah menjadi mangsa rogol dan mengakui beliau merupakan anak hasil daripada tragedi tersebut.
https://twitter.com/fhmiasyraff/status/1276924977531375616
Kejadian ibunya diperkosa itu menurut Fahmi berlaku ketika rumah mereka dipecah masuk penjenayah yang bertindak merogol ibunya ketika itu.
“Ibu saya dirogol waktu rumah dipecah masuk, saya anak hasil tragedi itu.
“Jangan anggap semua perempuan sengaja, mereka adalah mangsa, saya mewakili emak saya, (berpendapat) perogol yang bersalah,” tulisnya di ruangan komen sesi live tersebut.
Bercakap kepada Astro Gempak, dia dan ibunya mengakui mereka sangat terkesan dengan kejadian itu dimana bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan situasi melahirkan anak luar nikah namun turut mengalami masalah kesihatan mental susulan kejadian tersebut.
Salah perogol bukan mangsa
Justeru itu, beliau menegaskan bahawa perbuatan rogol adalah salah dan perogol bertanggungjawab terhadap kelakuan mereka dan bukannya menyalahkan mangsa.
“Macam kita tahu sekarang ramai mangsa-mangsa rogol yang berniqab, berjubah labuh, yang menjaga aurat. Dia dah menjaga auratnya tapi masih dirogol? Kenapa? Disebabkan lelaki yang bernafsu. Wanita jaga aurat macam mana pun, kalau lelaki itu tak kawal nafsunya, haiwan juga dia boleh rogol.
“Saya mewakili ibu saya, ingin berikan kesedaran tentang rogol adalah salah perogol, bukan salah mangsa yang seksi atau berjubah labuh. Itu fakta,” katanya.
Mengulas mengenai keputusannya untuk menceritakan perkara tersebut kepada umum, beliau memberitahu sudah tiba masanya untuk keluar daripada perasaan malu yang menyelubungi selama ini.
Perkongsian yang dibuatnya dan mula tular sejak hujung minggu lalu itu bukan sahaja mengejutkan netizen malah ramai yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya dan juga ibunya selepas mendengar kisah menyayat hati itu.
Yang Allah, rasa nak peluk je your mom. Orang lain belum tentu kuat macam korang berdua 😢 Stay strong brotha 💪
— Xidjab.co (@xidjab_co) June 27, 2020
https://twitter.com/annelepurr_/status/1277047585056813056?s=20
mak you seorang wanita yang kuat dan penyayang. semoga tuhan melindunginya dengan baik. dan semoga keluarga you bahagia sentiasa. ameen
— embun karina (@embunkarinapoet) June 28, 2020
your existence is matter to people around you. You and your mummy are one of the strongest!! 🤍
— akdlwkxnf rindu ubi | lover era (@helianthusray) June 27, 2020
Baca kisah lelaki ini yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap lebih seratus mangsa sejenis sebelum ini di pautan di bawah.
Lelaki Warga Indonesia Dijatuhkan Hukuman 30 Tahun Penjara Selepas Merogol 136 Lelaki
Subjek Pendidikan Seks Akan Mula Diperkenalkan Kepada Pelajar Tahun 6 Dan Tingkatan 5