Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe kembali menabur bakti bersama skuad Harimau Malaya.
Perkara ini dikongsikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.
Baca Juga:
- Tan Cheng Hoe Nafi Ke Terengganu, Mahu Bimbing Kelab Luar Negara
- Tan Cheng Hoe Berpisah Dengan Police Tero
- Masa Depan Tan Cheng Hoe Cetus Tanda Tanya
Tan Cheng Hoe Kembali
“Saya cuma boleh beri jawapan yang Tan
Cheng Hoe memang sudah berada dalam
pasukan kebangsaan ketika ini.

“Secara peribadi, saya menganggap akan
ada kesan baik akan berlaku kerana
kita tahu Cheng Hoe adalah bekas ketua
jurulatih dan kita kini memiliki barisan jurulatih baru dari luar negara.
“Jadi kombinasi ini mungkin boleh
menguatkan dan membantu, mungkin Cheng Hoe boleh memberikan maklumat yang diperlukan oleh pasukan kejurulatihan,” katanya.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi, Cheng Hoe bakal mengisi jawatan sebagai Pengarah Teknikal Harimau Malaya.

Sebelum ini, Cheng Hoe menguruskan salah sebuah kelab yang beraksi dalam saingan liga divisyen satu Thailand iaitu Police Tero.
Selepas Police tersingkir ke divisyen kedua musim ini, kelab itu menamatkan kontrak bekas pengendali Selangor itu dan melantik jurulatih lain.
Welcome back Coach Tan 🔥
Bekas pengendali Harimau Malaya kini kembali ke Wisma FAM
Laporan penuh di Nadi Arena 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/FOxB9fY3pf
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) April 15, 2025
Sepanjang Cheng Hoe bersama Police, kelab itu meraih dua kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan sekaligus menamatkan saingan di tangga kedua tercorot.