Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan yang dikenali sebagai Qistina Lim.

Memetik laporan Berita Harian, majlis resepsi perkahwinan Musa yang berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, malam tadi, dikongsi oleh seorang individu dipercayai adiknya, Mohammad Izzat Hassan menerusi Facebook.

Baca Juga:

Dalam keterangan gambar yang dikongsi dalam hantaran di media sosial itu, Mohammad Izzat menzahirkan kesyukuran dan tahniah kepada abang sulungnya.

“Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.

“Selamat datang kak long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah,” katanya.

Terdahulu, Musa Hassan sebelum ini berpisah dengan isterinya selepas Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42 memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.

Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.

Sumber