Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim, telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan bagi tahun 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyampaikan anugerah tersebut kepada Syed Azman pada majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan hari ini, petik New Straits Times.
Mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, pula dinobatkan sebagai Tokoh Wira Negara atas sumbangan beliau terhadap keselamatan negara serta usaha membanteras pengganasan dan jenayah terancang.
Penerima anugerah lain yang turut diraikan termasuklah:
Tokoh Agamawan: Cendekiawan Islam, Maulana Abdul Hamid Chin
Tokoh Wanita Madani: Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Ruzita Mohd Amin
Tokoh Saintis: Mantan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir
Tokoh Belia Harapan: Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Tokoh Keluarga Mithali: Laman Yasim (Sarawak)
Tokoh Khas (Saudara Baru Cemerlang): Muhammad Mikhael Sathayah (dikenali sebagai personaliti media sosial “Muka Gangster”)