Isu penjualan beberapa pulau kecil di Indonesia oleh syarikat asing di dalam talian telah mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan rakyat Indonesia.
Beberapa pulau di Kepulauan Anambas, Bangka Belitung dan Nusa Tenggara disenaraikan untuk dijual di laman web antarabangsa, ‘privateIslandsonline.com’.
Baca Juga:
- Malaysia Tiada Usul ‘Claim’ Tradisi Pacu Jalur, Duta Besar Indonesia Minta Rakyatnya Lebih Bijak Menilai

- Rakyat Indonesia Di Jepun Buat Onar, Ganggu Ketenteraman Rakyat Tempatan

- Penyanyi ‘Aura Farming’ Mahu Datang Ke Indonesia, Rakyat Indo Risau Fasiliti Setempat Masih Teruk

Laman web itu menyenaraikan empat pulau di Anambas untuk dijual – Rintan, Mala, Tokongsendok dan Nakob.

Rakyat Indonesia Kecewa Pulau Dijual
Bambang Zakariya, daripada NGO alam sekitar meluahkan rasa kecewa apabila masyarakat tempatan kehilangan kawalan terhadap tanah yang diwarisi turun-temurun.
“Dulu kami tidak tahu bahawa pulau ini begitu bernilai. Kini, hanya 20 peratus tanah masih dimiliki oleh warga tempatan. Kami hanya menjadi tetamu di tanah sendiri,” katanya.

Warga tempatan di Pulau Pari, Kepulauan Seribu, Jakarta , menyatakan bahawa pulau kecil yang dibeli oleh syarikat kerap dinamakan semula dan dihalang daripada diakses oleh penduduk.
“Pelabur menjanjikan pampasan dan peluang pekerjaan, tetapi semuanya tinggal janji. Tidak pernah ada pelabur yang membawa kesejahteraan kepada kami,” kata Cik Asmaniah.