Sebagai tenaga pengajar, ilmu yang dicurahkan kepada anak murid terlalu tinggi nilainya dan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit.
Baru-baru ini Ustaz Ebit Liew sempat menghadiri majlis kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) di sebuah masjid.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
Sejurus UAI selesai memberikan kuliah, Ebit Liew bertemu dengan beliau dan menyerahkan sebuah iPhone dan sampul berwarna merah, dipercayai mempunyai wang di dalamnya.
@ustazebitlew Alhamdulillah. Syukur hadir kuliah ilmu Guru Murabbi Ummah yang dihormati dan disayangi Ustaz Azhar Idrus. Semoga berjuta rahmat Allah beri padanya berilah sedikit pada diriku#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp #viral
Sejurus menerima pemberian daripada Ebit Liew, Ustaz Azhar Idrus terus memeluknya dengan penuh akrab sekali sambil dilihat jemaah masjid yang hadir pada ketika itu.
“Alhamdulillah. Syukur hadir kuliah ilmu Guru Murabbi Ummah yang dihormati dan disayangi Ustaz Azhar Idrus. Semoga berjuta rahmat Allah beri padanya berilah sedikit pada diriku,” petik hantaran video TikTok @ustazebitliew.
Menerusi pelbagai komen dikongsikan, netizen mendoakan kedua-duanya diberikan kesihatan dan terus dapat mencurahkan ilmu kepada orang ramai.