Kim Jong Un nampaknya sangat mengidolakan Vladimir Putin apabila beliau meletakkan gambar Presiden Rusia itu di salah sebuah pejabat kerajaan. Apa yang menjadi masalahnya adalah gambar itu bersaiz besar dan lebih besar dari saiz normal seorang manusia.

Dalam satu gambar yang tular baru-baru, kelihatan Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu melakukan lawatan peribadi ke Korea Utara bagi membincangkan isu keselamatan serantau. Kelihatan di bahagian kanan gambar, gambar Putin bersaiz gergasi terletak cantik di dinding bangunan kerajaan tersebut.

Baca Juga:

Selain membincangkan isu keselamatan serantau dan ketenteraan, Menteri Pertahanan Rusia itu juga menghadiri jamuan di Jawatankuasa Pusat ibu pejabat Parti Pekerja di Pyongyang, menurut Daily Mail. Beliau hadir ke negara itu semasa Korea Utara meraikan ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Korea, yang berlaku dari 1950 hingga 1953.

Dalam imej itu, Kim dan Shoigu dilihat berjalan di koridor manakala potret besar Putin dan Kim disebelah mereka.

Dalam gambar berasingan, imej besar Kim dan Putin berjabat tangan memenuhi latar belakang ketika semua pegawai berkumpul. Imej para pemimpin itu diambil semasa pertemuan mereka di Vladivostok, Rusia pada 2019.

Agensi Berita Pusat Korea berkata Kim dan Shoigu mencapai persetujuan pada hari Rabu mengenai “perkara yang menjadi perhatian bersama dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara serta persekitaran keselamatan serantau dan antarabangsa,” menurut Associated Press.