Umum mengetahui bahawa anak kepada Rozita Che Wan, Aaisyah sangat suka bersolek dan juga berfesyen. Terbaharu, video Che Ta bersama Aaisyah di sebuah kedai alat solek telah viral di media sosial.
Menerusi video itu, Che Ta telah ke sebuah kedai alat solek bersama puterinya itu untuk membeli alat solek dan dilihat Aaisyah sakan mengambil produk yang dimahunya.
Baca Juga:
- Anak Dikritik Kerana Suka Bersolek, Rozita Che Wan Tampil ‘Sekolahkan’ Netizen
- 9 Biji Kek Simbolik Umur, Majlis Hari Lahir Anak Che Ta Bertemakan Barbie Buat Netizen Cemburu
- Tayang Hidup Mewah Bawa Lamboghini Tapi Belajar Di UiTM, Influencer Ini Jelaskan Hal Sebenar
@rozitachewan1 Kami memang malaih nk bawak bdk kecik ni kalau mai shooping .. burst bajet weiiiiii🥲🥲🥲🥲 dia plk kalau tk dpt apa yg dia nk , dia qeyau😬 . #cheta #rcw #rozitachewan #aaisyahdhiarana #fyp #makeup
Akan tetapi, ketika di kaunter bayaran, Che Ta menapis dahulu barangan yang diambil Aaisyah dan hanya membeli produk yang dirasakan perlu sahaja walaupun dirinya mampu untuk membelinya.
Video terbabit menjadi bualan ramai dan rata-rata netizen memuji Che Ta kerana bijak mendidik anak agar tidak membazir dan hanya berbelanja mengikut keperluan sahaja.
Malah, ada juga netizen yang mengatakan sikap Che Ta seperti ibu mereka terutama sekali ketika berbelanja di pasaraya dimana barangan mereka ditapis terlebih dahulu.