Hampir sebulan menanti, akhirnya peluang pengguna Malaysia mendapatkan set rasmi Apple iPhone 8 dan 8 Plus bakal tercapai. Apple Malaysia pada hari ini telah mengumumkan 20 Oktober bakal menjadi tarikh kedua dua model ini mula ditawarkan secara rasmi.

Melalui model terbaru daripada Apple, pengenalan processor A11 Bionic serta mode Potrait Lighting pada iPhone 8 Plus antara yang terbaru diumumkan Apple pada kali ini. Processor terbaru daripada Apple ini mampu beroperasi 40% lebih pantas berbanding chip sebelumnya serta terpantas jika dibandingkan bersama processor yang digunakan smartphone Android.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apple-iPhone-8-Plus-Review-094-des

Buat anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut serta adakah berbaloi untuk mendapatkan iPhone 8, anda boleh klik di sini untuk membaca review awal kami.

Setakat ini cuma tarikh penjualan yang diumumkan Apple Malaysia manakala harganya masih lagi menjadi misteri. Sebelum ini, laman e-commerce 11street turut berkongsi harga buat mereka yang berminat untuk membuat pra tempahan.

gwekpn2xrpyxwzmrqpuz

Harga penjualan bermula daripada RM3,649 buat model Apple iPhone 8 64 GB. Buat model Apple iPhone 8 Plus 256 GB pula ditawarkan dengan harga mencecah RM5 ribu. Melihat kepada harga penjualan yang ditawarkan pada laman 11 street, kemungkinan anda boleh mendapat anggaran kasar harga penjualan Apple iPhone 8 apabila mula ditawarkan secara rasmi oleh Apple Malaysia.