Paras air di Tasik Bukit Merah semakin menyusut dengan ketara sehingga menimbulkan kebimbangan besar di kalangan penduduk sekitar, lapor Utusan Malaysia.

Tinjauan mendapati paras penyusutan air dari jeti nelayan telah mencecah 1,500 meter ke tengah tasik, berbanding 960 meter sebulan yang lalu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Azrul Yusuf, 38 tahun, seorang penduduk di Alok Pungsu, menyatakan bahawa paras air di empangan tersebut semakin menyusut jika dibandingkan dengan bacaan minggu lalu.

Azrul dan penduduk tempatan berharap operasi pembenihan awan yang dijalankan selama tiga hari bermula semalam akan berjaya menurunkan hujan dan membantu menaikkan paras air tasik.

@utusanonline

Penduduk bimbang Tasik Bukit Merah terus kering

♬ original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

Kemarau yang melanda kini memberi kesan kepada hampir 5,000 sawah, berikutan pengaliran air ke sawah dihentikan sejak 28 Jun lalu.

Cuaca panas yang berterusan menyebabkan Tasik Bukit Merah semakin kering dan memburukkan keadaan.

Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IEDA) Kerian, Nur Maziratih, menyatakan bahawa kawasan sawah yang terjejas termasuk di Kuala Kurau, Jalan Siakap, Alor Pungsu, Bagan Serai, Masjid Tinggi, Parit Gabis, Teluk Medan, Semanggol, dan Selinsing.

Beliau juga menegaskan bahawa langkah-langkah drastik perlu diambil untuk mengatasi masalah kekurangan air ini bagi memastikan kelangsungan tanaman sawah di daerah tersebut.