Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengarahkan sebuah taska yang didakwa berlaku kes penderaan kanak-kanak ditutup sementara. Dalam kenyataanya seperti yang dilaporkab oleh Utusan Malaysia, hasil pemeriksaan Jabatan Kebajikan Msyarakat (JKM) mendapati berlaku ketidakpatuhan kepada Akta Taska 1984.

Satu notis peringatan telah dikeluarkan kepada pengusaha taska yang berdaftar di bawah JKM itu. Ia diingatkan untuk membuat penambahbaikan dengan kadar segera dalam menyediakan persekitaran selamat untuk kanak-kanak dan meningkatkan kualiti pengasuhan di taska tersebut.

Baca Juga:

Dalam masa yang sama, pengusaha taska mesti bertanggungjawab memantau pengasuh dalam memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat. Sekiranya terdapat kecuaian pengasuh yang mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak, tindakan segera dengan melaporkan kepada JKM dan pihak polis.

“Dalam isu taska tular ini, JKM akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memastikan kanak-kanak yang menjadi mangsa mendapat keadilan sewajarnya.

“Kementerian meminta kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa untuk melaporkan sebarang isu berkaitan kanak–kanak kepada pihak berkuasa PDRM atau menghubungi Talian Kasih di nombor 15999,” katanya.