Sebuah gambar perkahwinan mengundang kontroversi di media sosial, sehingga ia membawa kepada perdebatan mengenai poligami bagi kaum bukan muslim di Malaysia.
Gambar yang dimuat naik di Facebook oleh seorang netizen itu menunjukkan seorang lelaki China bersama dua wanita dalam sebuah perkahwinan di Kuching, Sarawak.
Baca Juga:
- Netizen Terkesima Lihat Dekorasi Hantaran Kahwin Bernilai RM50,000 Di Sabah
- Penduduk Setempat Bengang Khemah Tak Kemas Selepas Kenduri Kahwin
Jatuh cinta dgn dua wanita,
taukeh mi kolok kahwini keduanya sekaligus.Lim Soo Kien menikahi Ivy Ong dan Dewi Kartika di sebuah restoran di JIn Simpang Tiga, Kuching malam tadi.
Kredit ➡️ Borneo Network pic.twitter.com/sYplCp3JMf
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 12, 2024
Bagaimanapun, reaksi dari warga internet kebanyakannya mempersoalkan mengenai kesahihan perkahwianan tersebut terutamanya dalam komuniti non-Muslim di Malaysia.
Meskipun ada banyak spekulasi dan pertanyaan dari masyarakat, belum ada kenyataan rasmi dari pihak berwajib atau dari kedua pasangan yang terlibat dalam pernikahan tersebut.