Sejak 1 Oktober 2022 yang lalu, AEON telah melancarkan AEON A-Day di mana para ahli AEON berpeluang mendapatkan lebih ganjaran terdiri daripada diskaun sehingga 80%, cashback sebanyak RM10 untuk setiap RM80 yang dibelanjakan dan juga ganjaran AEON Points sehingga 11 kali ganda untuk direbut.
Untuk pengetahuan anda, AEON A-Day disambut meriah oleh para ahli AEON telah berkunjung ke lokasi pertama iaitu AEON Ipoh Kinta City dan ia akan berakhir dengan AEON Shah Alam yang bakal berlangsung pada 29 Oktober ini.
Baca Juga:
- AEON Members Day Kembali Lagi! Tawarkan Harga Diskaun Sehingga 80% Buat Ahli AEON
- Netizen Terhibur Dengan Iklan Kreatif AEON ‘Sindir’ Geng Honda Civic FC
- AEON Malaysia Tawar Kerja Sebagai ‘Rider’ Dan Beri Motosikal Secara Percuma
Menjengah ke TikTok, ramai orang berkongsi kemeriahan AEON A-Day yang dianjurkan untuk menghargai sokongan para ahlinya. Difahamkan, para ahli AEON tidak melepaskan peluang untuk menyertai program tersebut sekaligus merebut mendapatkan barangan yang diingini dengan harga luar biasa murah.
@
@introvertedniea *Pause: Read* Event Aeon Big ECM, Kuantan🏢#fypシ #fyp #malaysia #pleasesupport #followme #malaysiatiktok #2022 #aeonbig
@bahajasmin Aeon Big A-Day…Hujan belon🤣 #flexyourfreestyle #fyp #CapCut
Menerusi video-video yang dikongsikan, dapat dilihat para ahli AEON cukup teruja merebut belon pada hari pembukaan program itu dan berpusu-pusu mendapatkan barangan yang mereka mahu dengan diskaun luar biasa serta ada barangan dijual serendah RM1.
Oleh itu, belum terlambat jika anda mahu menjadi ahli AEON dan mendapat diskaun seperti ini. Mudah sahaja sebenarnya cara untuk anda dapatkan AEON Member Plus Visa Card ini dengan hanya daftar di AEON Card Kiosk. Untuk maklumat lanjut, klik sahaja pautan ini.