Umum mengetahui, gaji minimum telah dinaikkan sehingga RM1,200 dan isu gaji serta elaun masih menjadi bualan ramai kerana tidak semua orang dibayar dengan setimpal.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @H_Bakkaniy telah kongsikan gambar memaparkan iklan jawatan kosong sebagai imam rawatib di sebuah masjid. Apa yang mengejutkan adalah elaun yang ditawarkan tidak sepadan dengan kelayakan diminta.
https://twitter.com/h_bakkaniy/status/1480478682116362240?s=21
Menerusi iklan tersebut, elaun ditawarkan hanyalah RM900 tetapi mahukan calon yang miliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya. Tidak hanya itu, mereka yang Syahadah Tahfiz dari Mahad Tahfiz Al-Quran atau miliki diploma dalam bidang Tahfiz al-Quran, pengajian Islam juga boleh memohon.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan elaun yang ditawarkan kerana tidak setimpal dengan kelayakan yang diminta.
Rm900 tu memang nampak sikit, tapi kalau kita kerja dengan ikhlas, sepenuh hati, jujur. percaya la rm900 tu tetap sikit https://t.co/UiZTMUYv6L
— AQMAL mengamok (@paresit_xo) January 11, 2022
Ini elaun jadi imam intern ke camne. Gila betul bagi 900 je https://t.co/YZJ89lMvXs
— Sepai Leman (@Lemmmannn) January 10, 2022
Imam Rawatib ni kira sepenuh masa la, kena sedia untuk 5 waktu sokmo.
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) January 10, 2022
Biasa sgt dah mcm ni, sektor lain pn lebih krg, biasa kena lulusan agama.. qualification nak power, fluent in English n Arabic lg, siap kalu blh nak Ada Tahfiz n blh taranum lg kdg2..tp gaji…huuuu… penat kwn Tu pulun bertahun2
— seek.alusi (@seek_alusi) January 10, 2022
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengatakan sewajarnya tawaran elaun ditinggikan kerana tugas seorang imam rawatib ini cukup besar. Mana tidaknya, waktu selain waktu solat juga akan dicari orang ramai untuk ‘consult’ perkara lain.
Menjadi bualan ramai, para netizen turut mengatakan hal seperti ini sering terjadi dan juga pekerjaan lain juga berdepan isu sama apabila tidak ditawarkan gaji yang setimpal dengan kelayakan.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Rumah Mewah Atas Bukit Di Shah Alam Tular, Bakal Dijual Pada Harga RM17 Juta
Trend ‘Unboxing Pengantin’ Jadi Ikutan Di TikTok, Ini Teguran Pedas PU Syed Buat Pengantin Baharu
‘Orang Berniaga Dia Pun Nak Cuba’- Ameera Khan Dikritik Hebat Netizen Jual Kek Batik Kejung