Baru-baru ini tular di media sosial satu iklan jawatan kosong di sebuah gerai nasi lemak apabila ia dikatakan menawarkan gaji sehingga RM1,800.

Iklan mencari penjaga gerai nasi lemak yang terletak di Sunway Mas itu mula tular apabila gaji yang ditawarkan itu menurut sesetengah netizen adalah lebih baik daripada apa yang ditawarkan pekerjaan di industri lain.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

“Bayaran yang ditawarkan ini lebih bagus daripada sesetengah kerja permulaan,” menurut netizen yang memberi respon kepada iklan berkenaan.

EkXu0pSVgAAK6jA (2)
Iklan jawatan kosong yang tular baru-baru ini. Foto: Media Sosial

Mahu mendapatkan kesahihan mengenai perkara itu, kami kemudiannya menghubungi sendiri salah seorang pemilik gerai nasi lemak itu @hariyantiharun.

Menurut beliau, tawaran gaji bermula RM1,500 sehingga RM1,800 itu adalah apa yang memang ditawarkan gerai mereka sebelum ini.

“Gaji memang kita bagi macam itu. Salah satu faktornya sebab kerja bukan hanya jaga gerai sahaja.

“Tetapi ada tambahan macam goreng ayam dan kukus nasi separuh masak di gerai,” jelasnya.

Tambahnya lagi, keputusan itu juga dibuat memandangkan tugas-tugas yang diberikan itu bukan senang untuk dilakukan, ditambah lagi dengan waktu bekerja yang bermula daripada awal pagi.

Justeru itu katanya, gaji yang ditawarkan itu menurut mereka adalah berbaloi dengan tanggungjawab yang perlu dilakukan pekerja mereka sepanjang bekerja di gerai.

Tak semua tahan

Bagaimanapun, percaya atau tidak tidak semua yang bekerja dengan mereka sebelum ini mampu untuk bertahan walaupun ditawarkan dengan gaji yang agak tinggi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri beliau ketika memberi respons kepada iklan syarikatnya yang tular dan ketika ditemubual The Vocket.

a

“Kalau mereka kata (kerja) berat kami dah sediakan lauk siap dari central kitchen, nasi pun dah masak separuh.

“Hanya ada beberapa (kerja) macam kukus nasi dan goreng ayam di gerai. Mungkin salah pilih pekerja,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberitahu sejak iklan jawatan kosong itu mula tular sudah ada beberapa inidvidu yang tampil untuk memohon kerja dengannya.

Tetapi sekali lagi kebanyakan mereka ini mendiamkan diri selepas mengetahui waktu bekerja yang bermula seawal jam 6 pagi.

Justeru itu beliau menasihatkan agar pencari kerja di luar sana tidak perlu untuk memilih waktu bekerja.

Ini kerana menurutnya jika waktu bekerja yang ditetapkan bermula awal maka mereka juga akan mempunyai kebebasan untuk berehat lebih awal selepas menyiapkan kerja-kerja mereka.

“Nasihat saya, tak perlulah memilih jam waktu bekerja jika berniat betul-betul hendak bekerja.

“Kerja awal dan biarlah rehat awal juga,”pesannya.

Baca juga perkongsian berguna kami sebelum ini buat mereka yang sedang mencari kerja atau job hunting melalui pautan-pautan di bawah.

8 Tip Untuk ‘Fresh Graduate’ Cepat Dapat Kerja

9 Tip Ringkas Apabila Membuat Permohonan Kerja Melalui E-mail

5 Lokasi Popular Kerja Separuh Masa Untuk Lepasan SPM

Sumber