Siapa sangka tindakan seorang gadis mencuba nasib meminta bantuan netizen Twitter untuk mencari bapanya yang terpisah sekitar 10 tahun yang lalu bertukar menjadi detik manis buat dirinya.
Kisah Shania Natasha Muhammad Shahril Adam yang mencari bapanya yang kali terakhir ditemuinya ketika masih kanak-kanak itu mula tular sejak semalam dan mendapat hampir 10,000 perkongsian (retweet) di laman Twitter.

bismillah, assalamualaikum. hai gais, sebenarnya aku taknak post sebab segan tp aku nk cuba guna kuasa viral manatau ada luck. ni ayah aku, Muhammad Shahril Adam bin Abdullah (nama islam dia) tapi after separated dgn my mom, dia keluar islam and agama asal dia kristian… pic.twitter.com/QfbcHC89NT
— sha (@shanianatasha__) October 4, 2020
Berkat perkongsian daripada netizen, Shania pada pagi tadi kemudiannya berkongsi khabar gembira berjaya ‘bertemu’ kembali dengan bapanya selepas pelbagai usaha dilakukan oleh orang ramai yang mendengar kisahnya itu.
Bercerita kepada The Vocket, Shania berkongsikan hasratnya itu termakbul selepas saudara mara terutama sepupu daripada belah bapanya melihat perkongsian tersebut dan cuba untuk menghubungkan bapanya dengan dirinya.

“Baru pagi tadi, semua sepupu Whatsapp bertanya khabar dan beri nombor telefon ayah.
“Sebab ayah tiada Whatsapp ini, jadi mereka tolong bagi number kemudian saya call,” kongsinya.
Beliau yang kini berusia 20 tahun menjelaskan kali terakhir bertemu dengan bapanya adalah sekitar 10 tahun yang lalu dan telah terpisah sejak bapanya mengambil keputusan untuk kembali ke Kuching, Sarawak.
sorg anak lelaki. time2 zmn tu hp tak berapa penting at the same time, hp ayah aku rosak.. lost contact mcm tu je sampai skrg aku mungkin tau dia kat sarawak je tp xtau dia still kat sana ke, or jd apa2 ke aku taktau😔 aku just nk benda ni viral sampai jumpa dia,
— sha (@shanianatasha__) October 4, 2020
Ketika ditanya sama ada mereka mempunyai perancangan untuk bertemu dalam masa terdekat Shania memberitahu mungkin terpaksa menunggu sedikit masa lagi memandangkan situasi COVID-19 dalam negara ketika ini.
“Dalam masa terdekat mungkin tak sebab tengah bahaya dengan kes COVID-19 kan.
“Jadi tiada apa-apa perancangan lagi untuk berjumpa, cuma dapat berhubung melalui telefon sahaja,” jelasnya.
Jika suatu ketika dahulu, istilah viral atau tular di media sosial mungkin sering dikaitkan dengan perkara yang kurang baik dan jarang mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.
Namun kini, seiring dengan perkembangan semasa platform-platform media sosial yang terdapat di alam maya, ia bertukar menjadi satu komponen penting dalam kehidupan seharian kita.
Baca juga satu lagi kisah gadis ini daripada Indonesia yang berjaya menjejaki kembali bapanya dengan bantuan netizen Malaysia sebelum ini di pautan di bawah.Â
Gadis Indonesia Jumpa Bapa Terpisah 19 Tahun Dengan Bantuan Netizen Malaysia
Berita TV3 Temukan Kembali Keluarga Dengan Gelandangan Terpisah Lebih 20 Tahun