Karnival Kerjaya Singapura baru-baru ini telah dianjurkan untuk rakyat Malaysia dan ia mendapat sambutan hangat dari mereka yang mencari kerja.

Karnival yang berlangsung di Johor ini telah menampilkan 200 majikan Singapura dengan peluang kerja sebanyak 300 terutamanya dalam industri perkhidmatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sektor ini merangkumi pelbagai peranan seperti tukang masak, pembantu dapur, tukang daging, tukang masak pastri, pembuat roti, pembuat teh, penyelia kafe dan pelayan di restoran Cina, kedai sarapan pagi, kafe, bar, kedai makan vegetarian dan restoran Jepun dan Korea.

Manakala kerja-kerja lain pula termasuk kerja pejabat, gudang, kerja kilang, pembantu jualan, perkhidmatan kecantikan dan kuku, juruteknik, kakitangan hotel, peranan perkeranian dan banyak lagi.

Difahamkan bahawa acara yang bermula awal pagi itu telah mendapat sambutan hangat dengan menyaksikan barisan daripada pencari kerja seawal 5:30 pagi.

Salah satu tarikan utama pameran itu ialah pakej gaji yang lumayan, dengan peranan industri perkhidmatan bermula daripada 2,000 SGD (kira-kira RM7,000).

Semasa sidang media, Chua Jian Boon, pegawai khas kepada Menteri Besar Johor berkongsi bahawa mengikut data Jabatan Perangkaan Negara, kadar pengangguran Johor telah menurun kepada 2.4% bagi suku kedua 2023.

“Dengan jumlah penduduk 4.1 juta, Johor mempunyai 1.88 juta individu yang bekerja, meningkat 30,000 daripada 1.85 juta tahun sebelumnya,” katanya.